Informasi: Bugatti Veyron

Bugatti Veyron EB 16.4 merupakan kenderaan sport 'Hi Class' yang khas dihasilkan oleh Bugatti Automobiles SAS oleh Kumpulan Volkswagen di Molsheim, Perancis. 

Versi sport Veyron ini merupakan kereta terpantas di dunia dengan kelajuan setinggi 431,072 kilometer sejam ataupun 267,856 batu sejam. Kelajuan 'superb' yang sukar untuk kita bayangkan.

Berbanding versi asalnya sebelum ini yang berkelajuan 408,47 kilometer sejam ataupun 253,81 batu sejam. Ia pernah dikenali sebagai kereta Dekad (2000-2009) oleh televisyen BBC Top Gear.


Facebook Page RK RMCC:
www.facebook.com/rkrmcc

My Superb Extraordinary Dream Car - BENTLY


Bentley Kuala Lumpur saw the addition of two models into its current lineup with the introduction of the Continental GT V8 coupe and GTC W12 convertible. 

Both models, which made their debut last night at the marque’s showroom at the Pavilion, go for RM1,350,000 and RM1,988,000 respectively. These are base car prices, inclusive of import duty and sales tax.

The GT V8 joins the W12-cylinder variant that made itslocal debut
last year in June, and the 4.0 litre twin-turbo lump – which produces 500 hp at 6,000 rpm and 660 Nm from 1,700 to 5,000 rpm – is mated to a close-ratio eight-speed automatic transmission. Performance numbers include a 4.8 seconds 0-100 km/h sprint time and a top speed of 303 km/h.

Features include cylinder deactivation technology that ensures a seamless and imperceptible transition from V8 to V4 mode under light throttle load, offering an improvement in fuel economy by 8%.

The V8 model is identified by a black gloss matrix grille with chrome frame and centre bar, a red enamel Bentley ‘B’ badge, and a black matrix three-segment lower front bumper divided by distinctive body-coloured strakes, while at the rear, unique chromed ‘figure eight’ exhaust tailpipes, a dark lower valance and red enamel ‘B’ bootlid badge help distinguish the variant.




Facebook Page RK RMCC:
www.facebook.com/rkrmcc

4 TANDA ENJIN ANDA SEDANG KEHILANGAN "Umphnya"

1: Tiada kuasa apabila menekan pedal minyak.
Jika kereta terasa kehilangan kuasanya apabila pedal minyak ditekan, secara asasnya kereta itu mungkin mengalami masalah sistem minyak yang menyekat enjin daripada mengeluarkan kuasa tambahan bila mana ianya diperlukan untuk memecut. Mungkin penyuntik tersumbat, saluran minyak bocor, penapis tersumbat atau pun pam minyak (fuel pump) rosak.

Penyuntik minyak akan menyembur minyak ke dalam silinder, di mana ia mencampurkan udara dan menyalakan api semasa mampatan, menghasilkan letupan yang menggerakkan omboh enjin. Saluran minyak hanyalah satu hos atau paip yang membawa minyak daripada tangki ke enjin. Pam minyak berfungsi untuk menolak, dan penapis menghalang kekotoran masuk.

2: Isyarat asap dilepaskan
Kereta juga boleh menghantar isyarat asap, seperti Red Indian, khas untuk pemiliknya sebagai insyarat minta pertolongan. Eksoz berasap tebal menandakan sama ada terlalu banyak minyak atau terlampau kecil percikan api, yang keduanya akan menyebabkan kehilangan kuasa. Backfire terjadi apabila campuran minyak-udara tidak dinyalakan sepenuhnya dalam kebuk pembakaran, dan sebaliknya meletup di tempat lain dalam sistem ekzos. Kedua masalah minyak-udara ratio dan masalah elektronik mencetuskan masalah pembakaran ini.

Palam pencetus diselaputi minyak enjin, abu ataupun apa-apa benda asing akan mendatangkan masalah pembakaran, memandangkan palam ini akan mencairkan elektrod. Asap hitam dari ekzos mungkin menandakan masalah pencetus (spark), yang mana akan merosakkan enjin kamu, dan jika ianya berlaku, periksalah secepat mungkin.Asap hitam juga menandakan campuran minyak-udara terlebih minyak.

Sebaliknya, backfire tanpa asap hitam pula menandakan terlalu sedikit minyak dalam campuran udara-minyak tersebut.

3: Terlampau banyak gegaran?
Semasa dalam keadaan rehat (idle) berhenti di lampu isyarat, adakah enjin terasa bergegar seakan gempa bumi? Bergegar sehingga boleh rasakan gegaran di stereng yang menyebabkan kehilangan kuasa yang ketara? Jika ya, silinder yang misfire mungkin penyebabnya.

Jika misfire ini penyebabnya, tanda lain bakal kelihatan tidak lama lagi. Antaranya ialah masalah menghidupkan enjin, tersekat-sekat semasa tidak bergerak (lebih lagi jika aksesori seperti penyaman udara, lampu sedang hidup) dan mileage yang teruk. Mungkin juga hydrocarbon tepu sedang mencekik sistem ekzos kamu.

Biasanya, enjin akan misfire disebabkan 3 perkara : kehilangan pencetus (spark), kehilangan mampatan ataupun ratio udara-minyak yang merapu. Palam pencetus yang teruk, wayar palam yang usang ataupun distributor cap yang retak menyebabkan kehilangan kuasa semasa mampatan.

4: Pendakian itu satu penyeksaan
Adakah kamu rasa terseksa semasa pendakian serendah-rendah bukit? Lazimnya ia menandakan penapis minyak tersumbat. Tatkala penapis menghalang kemasukan kekotoran dari minyak, lama-kelamaan ianya akan makin kotor akibat mendakan dan pam minyak akan terpaksa bekerja lebih untuk menghantar minyak melalui penapis itu tadi. Periksa kereta dengan ujian tekanan minyak. Seperti jantung kita juga, ini semua gejala tekanan darah rendah, bukan?

Jangan setakat menukar penapis minyak, periksa apa yang menghalangnya. Manalah tahu, jika ia mungkin gejala masalah lain, seperti kontaminasi minyak ataupun kehadiran karat dalam tangki minyak.

#RKRMCC
- RK RMCC1 -

Maksud Di Sebalik Jenama Terkenal Dunia

Tahukah anda terdapat rahsia di sebalik jenama kereta terkenal dunia? Jom kita kongsi-kongsikan..


ALFA ROMEO
Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.

BMW
Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahawa BMW membuat enjin pesawat tempur ketika Perang Dunia 2.

FERRARI
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.

LAMBORGHINI
Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukan Matador.

LOTUS
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman.

MASERATI
Ternyata lambang trisula disini bukan lambang syaitan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.

MERCEDES-BENZ
Lambang bintang berlengan tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.

AUDI
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud dari 4 syarikat besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'Mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas syarikat ini), ertinya juga Mendengar. Maka dari itu, agar lebih umum, nama Audi lah yang dipakai.

PORSCHE
Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang syarikat Porsche.

SAAB
Kepala Griffen (makhluk mitos campuran singa dan helang) berasal dari jubah Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.

RENAULT
Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.

SUBARU
Erti 'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugusan bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.

MITSUBISHI
3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan.

VOLVO
Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi sangat melimpah di Sweden.

YAMAHA
Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.


Credit To: fcukz.co.cc


Tayar & Tarikh Luput!



Jangan terpedaya dengan harga tayar yang murah seakan 'tidak masuk akal'! Tahukan anda bahawa tayar juga mempunyai tarikh luputnya?

Jangan sampai terbeli tayar 'expired'! 

Tahukah anda bahawa setiap tayar mempunyai tarikh ia dibuat atau dihasilkan. Ianya sebagai membantu kita sebagai pengguna kenderaan untuk mendapatkan tayar yang terbaik iaitu yang mempunyai 'gigitan' permukaan tayar terhadap permukaan jalan yang maksimum.


Foto: Tayar Kenderaan

Perhatikan nombor yang tertera pada permukaan tayar tersebut. "3011". Ianya dibuat atau dihasilkan pada minggu yang ke 30 pada tahun 2011. Kondisi tayar yang terbaik adalah dalam lingkungan 3 tahun pertama ia dihasilkan. Selepas dari tempoh itu, getah tayar tersebut sudah mula mengeras dan kurang lekapan terhadap permukaan jalan.

Moga info ini dapat membantu anda untuk memilih yang terbaik untuk kenderaan anda! Selamat memandu dengan berkhemah :-)



-RK RMCC4-

FacebookPage: 
Like FB kami untuk lebih info tentang kereta dan kenderaan