1: Tiada kuasa apabila menekan pedal minyak.
Jika kereta terasa kehilangan kuasanya apabila pedal minyak ditekan, secara asasnya kereta itu mungkin mengalami masalah sistem minyak yang menyekat enjin daripada mengeluarkan kuasa tambahan bila mana ianya diperlukan untuk memecut. Mungkin penyuntik tersumbat, saluran minyak bocor, penapis tersumbat atau pun pam minyak (fuel pump) rosak.
Penyuntik minyak akan menyembur minyak ke dalam silinder, di mana ia mencampurkan udara dan menyalakan api semasa mampatan, menghasilkan letupan yang menggerakkan omboh enjin. Saluran minyak hanyalah satu hos atau paip yang membawa minyak daripada tangki ke enjin. Pam minyak berfungsi untuk menolak, dan penapis menghalang kekotoran masuk.
2: Isyarat asap dilepaskan
Kereta juga boleh menghantar isyarat asap, seperti Red Indian, khas untuk pemiliknya sebagai insyarat minta pertolongan. Eksoz berasap tebal menandakan sama ada terlalu banyak minyak atau terlampau kecil percikan api, yang keduanya akan menyebabkan kehilangan kuasa. Backfire terjadi apabila campuran minyak-udara tidak dinyalakan sepenuhnya dalam kebuk pembakaran, dan sebaliknya meletup di tempat lain dalam sistem ekzos. Kedua masalah minyak-udara ratio dan masalah elektronik mencetuskan masalah pembakaran ini.
Palam pencetus diselaputi minyak enjin, abu ataupun apa-apa benda asing akan mendatangkan masalah pembakaran, memandangkan palam ini akan mencairkan elektrod. Asap hitam dari ekzos mungkin menandakan masalah pencetus (spark), yang mana akan merosakkan enjin kamu, dan jika ianya berlaku, periksalah secepat mungkin.Asap hitam juga menandakan campuran minyak-udara terlebih minyak.
Sebaliknya, backfire tanpa asap hitam pula menandakan terlalu sedikit minyak dalam campuran udara-minyak tersebut.
3: Terlampau banyak gegaran?
Semasa dalam keadaan rehat (idle) berhenti di lampu isyarat, adakah enjin terasa bergegar seakan gempa bumi? Bergegar sehingga boleh rasakan gegaran di stereng yang menyebabkan kehilangan kuasa yang ketara? Jika ya, silinder yang misfire mungkin penyebabnya.
Jika misfire ini penyebabnya, tanda lain bakal kelihatan tidak lama lagi. Antaranya ialah masalah menghidupkan enjin, tersekat-sekat semasa tidak bergerak (lebih lagi jika aksesori seperti penyaman udara, lampu sedang hidup) dan mileage yang teruk. Mungkin juga hydrocarbon tepu sedang mencekik sistem ekzos kamu.
Biasanya, enjin akan misfire disebabkan 3 perkara : kehilangan pencetus (spark), kehilangan mampatan ataupun ratio udara-minyak yang merapu. Palam pencetus yang teruk, wayar palam yang usang ataupun distributor cap yang retak menyebabkan kehilangan kuasa semasa mampatan.
4: Pendakian itu satu penyeksaan
Adakah kamu rasa terseksa semasa pendakian serendah-rendah bukit? Lazimnya ia menandakan penapis minyak tersumbat. Tatkala penapis menghalang kemasukan kekotoran dari minyak, lama-kelamaan ianya akan makin kotor akibat mendakan dan pam minyak akan terpaksa bekerja lebih untuk menghantar minyak melalui penapis itu tadi. Periksa kereta dengan ujian tekanan minyak. Seperti jantung kita juga, ini semua gejala tekanan darah rendah, bukan?
Jangan setakat menukar penapis minyak, periksa apa yang menghalangnya. Manalah tahu, jika ia mungkin gejala masalah lain, seperti kontaminasi minyak ataupun kehadiran karat dalam tangki minyak.
#RKRMCC
- RK RMCC1 -
No comments:
Post a Comment