Jangan terpedaya dengan harga tayar yang murah seakan 'tidak masuk akal'! Tahukan anda bahawa tayar juga mempunyai tarikh luputnya?
Jangan sampai terbeli tayar 'expired'!
Tahukah anda bahawa setiap tayar mempunyai tarikh ia dibuat atau dihasilkan. Ianya sebagai membantu kita sebagai pengguna kenderaan untuk mendapatkan tayar yang terbaik iaitu yang mempunyai 'gigitan' permukaan tayar terhadap permukaan jalan yang maksimum.
Foto: Tayar Kenderaan
Perhatikan nombor yang tertera pada permukaan tayar tersebut. "3011". Ianya dibuat atau dihasilkan pada minggu yang ke 30 pada tahun 2011. Kondisi tayar yang terbaik adalah dalam lingkungan 3 tahun pertama ia dihasilkan. Selepas dari tempoh itu, getah tayar tersebut sudah mula mengeras dan kurang lekapan terhadap permukaan jalan.
Moga info ini dapat membantu anda untuk memilih yang terbaik untuk kenderaan anda! Selamat memandu dengan berkhemah :-)
-RK RMCC4-
FacebookPage:
Like FB kami untuk lebih info tentang kereta dan kenderaan
No comments:
Post a Comment